Pertemuan
disaat aku dalam dilema tidak memberi apa-apa makna dihatiku. Aku
hanyalah sekadar tetamu yang bertandang. Kemesraan dan keceriaan
diwajahku hanya untuk mengaburi hati yang sedang lara. Aku keliru. Jalan
manakah yang harus aku pilih setelah memilih untuk membawa haluan
sendiri. Terawang tanpa ada tanda arah. Keseorangan menghadapi pelbagai
rintangan hidup. Tiada lagi tempat mencurah segala kekusutan.
Samada
ingin berpatah balik atau teruskan perjalanan. Sakitnya melepaskan
sebuah cinta yang telah bertahun aku semai sepenuh hati. Namun aku sedar
akhirnya, bahawa cinta sahaja tidak cukup untuk kebahagiaan masa depan.
Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sementara masih ada peluang.
Demi masa depan aku harus berkorban.
Tiba-tiba
engkau hadir mengubati luka itu. Sebagai seorang teman yang sudi
mendengar dan memahami. Keserasian yang terbit antara kita memberi
kesenangan untuk bersama. Beriringan berjalan sebagai peneman hari-hari
yang kesepian tanpa tercinta disisi. Kisah kita sama. Sama-sama terluka
kerana cinta pertama.
Kesakitan
semalam sudah terubat. Kau berjaya menghilangkan segala luka dan duka.
Kehadiranmu amat bermakna. Amat dihargai. Terima kasih Ya Ilahi kerana
telah mengirimkan seorang teman yang baik hati sebagai peneman saat ku
kesepian. Terdetik satu perasaan, aku berbahagia disisimu.
Namun
keselesaan kita tidak berpanjangan. Aku terpaksa menerima hakikat
bahawa aku bukan siapa-siapa disisimu. Hanyalah seorang teman. Masih ada
yang lebih menyayangi dan memerlukanmu. Ya, aku sudah kuat menghadapi
hari mendatang dengan bantuanmu. Pergilah demi kebahagiaan dan masa
depanmu. Aku doakan kau berbahagia selamanya.
Tiba-tiba
disaat tiba masanya kau harus pergi, hatiku rasa sesuatu. Jantungku
berdegup kencang dan nafasku bagaikan tersekat. Tanpa kusedari air
mataku berderaian. Dunia dirasakan teramat sepi dan kelam. Kenapa
begini? Aku keliru. Aku menyoal diri sendiri berkali-kali. Kenapa?
Kenapa? Kenapa aku harus menangis? Namun aku semakin keliru dengan
perasaanku sendiri.
Dia hanyalah teman. Kenapa aku harus berperasaan begini? Entah kenapa hati ini amat memerlukan dia. Tak sanggup kehilangan seorang insan yang amat memahami. Dia bagaikan seorang puteri impian yang aku dambakan sejak dulu. Namun bila sudah dipertemukan, aku harus melepaskan dia pergi.
